Program Mentor-Mentee melalui ICT

Monday, July 30, 2007

Matlamat projek:

Program mentor-mentee melalui ICT memperkenalkan cara pembelajaran dan pengajaran melalui ICT. Pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran boleh menggunakan kemudahan computer yang telah diprogramkan untuk berkomunikasi dengan guru. Contohnya melalui ‘online tutorial’, forum, kerja rumah secara ‘online’ ataupun melalui email.

Struktur Projek:
Menyediakan website ‘Program Mentor-Mentee melalui ICT’. – Minggu 1 dan 2.
Memperkenalkan program ini kepada kumpulan sasaran, iaitu pelajar tingkatan 3 dan 4. – Minggu ke 3 dan 4.
Mendapatkan senarai nama guru-guru yang sukarela memberi bantuan dalam program ini. – Minggu ke 3 dan 4.
Program Mentor-mentee dilancarkan secara rasmi. – Minggu ke 5 hingga 8.


Baget:
RM 920.00


Jangkaan Hasil:
Pelajar dapat menyelesaikan kerja rumah dengan bantuan internet.
Pelajar mendapat bantuan dari guru dalam menyelesaikan masalah peribadi atau pembelajaran secara individu. (one to one method).
Para ibu bapa berpeluang berbincang dengan guru berkenaan berkenaan perkembangan anak-anak mereka.